Tuesday, October 18, 2011

HaPpY bESdAy CT!!!!

        
       Alhamdulillah, semalam sudah genap umurku yang ke-21... setelah menunaikan solat sunat, aku memanjatkan kesyukuran dan memohon agar menjadi lebih tabah untuk menghadapi cabaran-cabaran yang bakal aku tempuhi. Bila dah sampai ari besday ni, mestilah aku menantikan ucapan-ucapan dari orang-orang yang aku sayang. and the First person wish kat aku adalah my Mom.. Beliau mengingati tarikh-tarikh kelahiran kesepuluh anak2nya. hehe, syg Ma..


             Aku amat menghargai sesiapa yang ad wish tak kira mesej mahupun lam fb.. Hargai sangat-sangat. Tapi aku tak rasa hepi sebab esokkannya ad test Analysis. So, aku terpaksa tolak pelawaan kawan aku yang mahu belanja makan.. Sedih2 .='(     . Bila dah genap umur 21 ni, of coz aku ada pasang beberapa impian. entah kenapa aku teringin sangat nak beli sari warna merah.. Seyes... aku tringin nak pakai. Bila cakap kt Ma, Ma hnya tergelak... "tu la, lahir time Deepavali lagi..Muka pun dh mcm hindustan".. =p

             Besday kali ni takde semeriah dulu. hati pun tak gembira sangat.. Apepun, aku berharap aku menjadi insan yang lebih matang, sopan dan yang penting, berusaha membentuk peribadi sebagai seorang muslimah sejati.. Amin..