"Ucaplah ALHAMDULILLAH, syukur kita kepada ALLAH.. selawat ke atas nabi, Muhammad ya Rasulullah"
Mesti korg pernah dgr kan bait2 lagu ni.. Masa kecik2 suka sngat nyanyi lagu Raihan tapi xphm apa2 pun mksud yg disampaikan.. mksud Alhamdulillah pun tak tahu. Bila dah meningkat umur, barula bru memahami sal2 agama. Alhamdulillah brmaksud segala puji bagi Allah. Untuk apa?? untuk kenikmatan yang Allah bagi pada kita. Nikmat ksihatan, rezeki, nikmat kekayaan, nikmat kehidupan... bnyak sngt smpai xleh nak list. Begitu Allah syg pada kita. Yang penting Allah kurniakan nikmat akal, iman dan Islam.
Tiba-tiba aku nak post cmni sbb aku sntiasa perhati keadaan di sekeliling aku. Bila nek kereta(walaupun tumpang org), aku tgk pakcik2 dan makcik2 yang nek motor untuk kemana sahaja sepanjang hdup membuatkan aku brfikir sejenak. Adakah aku bersyukur aku selesa dalam kereta, g mna2 pun nek kreta atau bas. Ada kawan yang tumpangkan. Ada ma dan abah yang sntiasa bwk aku jalan2.
Bila aku tgk ada org jual buah2, air, makanan kat tepi jalan, aku trdiam. Itulah cara dorg mnyara khidupan skluarga. Bagaimana kalau dlam sehari, dorg hnya dapat untung xsmpai rm50. Bagaimana jika ada anak2 yang masih kecil? Aku cuba compare dgn hidup aku. Ma dan Abah krja cikgu, abg2 dah ad yang krja, adik-adik smua masih bersekolah ngn baik. Malulah jika aku tidak bersyukur dgn nikmat Allah beri itu.
Sebagaimana manusia len, aku suka benda yang cantik-cantik. Bila nampak ad pmpuan yg lbih cntik, terasa jeles pun ad. Nak cntik cm dia jgk. But then, aku tgk cermin. Aku tilik btol2 muka aku, ok je, mata ok, hdung pun ok, xde yg senget. kulit pun ok, jerawat ckit je ad. Kenapa aku tak bersyukur. Nak jgk jd lbih cntik. Nak cntik xslh tp jangn smpai rasa cemburu dgn kelebihan org len. Allah dah bagi yg indah untuk kita. Cuma skrg kena jaga dan hiasi dgn akhlak yg baik untuk lbih cntik. tol kn?
Ada yg dibesarkan dlm keluarga yang susah. Hidup kais pagi makan pagi, kais ptg makan ptg. Tapi mereka tetap solat lima waktu. Malulah kalau kita yg ok ni, solat asyik tggal. Makan pun cukup, smpai ad terlebih mkn. Ucaplah Alhamdulillah, xsusah, snang je. Supaya hidup kita lebih diberkati.
Aku sedih bila dikhianati kwn. Aku cuba sebaik mgkin untuk jaga hati dia, tp aku ttp dpersalahkan. Aku menangis, hati ini terlalu rapuh, masih cuba memanjat tembok untuk bnteng diri dari lemah. Tapi aku still ad kawan yang len, kawan yg sudi dgr luahan hati ku ini, yang cuba mnguatkan smngt aku. Yang dpt mnerima aku seadanya. Perlukah aku tidak bersyukur?
Kita akan diuji, mmg ini perjalanan sbgai hmba Allah. Tapi Allah sntiasa ada untuk kita Bila kita ada masalah, angkatlah kdua tapak tangan, mohonlah dgn seikhlas hati, insyaAllah hati akan tenang. Perlukah kita melupakan Allah sdangkan Allah ad bersama kita. Sentiasalah bersyukur. Allah syg kpda hamba yg sntiasa mengingatiNya. Sungguh, kasih sayang Allah sngat meluas. Lihatlah alam, tariklah nafas perlahan. Cuba lihat brung2 brterbangan, air yg mngalir tenang, angin brtiup lembut mnyapa pipi. ALHAMDULILLAH.