Wednesday, February 20, 2013

MAAF, MNYUSAHKAN MA DAN ABAH

Semalam, aku terserempak dgn seorg bdak ex-dip, yg skrg tgh extend ntuk repair subjek sblum ni. Kami ada berbincang tetang pelajaran dan jugak PSM. Tak sngka jgk dia akan tgur aku, sbb kami pernah satu kelas Math pada 2 tahun lpas. Dia ad ckp, jika nak projek akhir siap dgn baik, boleh contact seseorg yg dpt mngambil tmpahan trutama untuk projek tahun akhir. 

Aku pun cari dan like page org yg brkenaan. Dan aku pun msej ntuk tnya sal projek dan kos untuk mnyiapkannya. Dan trnyata kos mahal iaitu rm1000, dan aku perlu byr 50% untuk tmpahan. Aku ase mmg nak amek ngan dia sbb dia dh prnah buat projek yg sma mcm aku tp report kna wat sndiri la. huhu. Tp xpela, skurng nyer ad gak yg aku buat.

Yg jd mslahnyer aku kna byr 500 tu la. nak tak nak, trpaksa mntak ngan Ma dan Abah. Cian dorg, asyik mntak duit je. Rasa cam jahat lak mntak duit bnyak2. Ma dan Abah ckp ok je, tp aku tau, dorg xde duit sngt. Skrg lak, Ina duk hospital sbb kna demam denggi. Kna byr lagi. Kak Ngah janji, akn blajar btol2, bgi kputusan yg cemerlang untuk Ma dan Abah . itu janji ku.

Thursday, February 7, 2013

LELAKI TAMPAN

 
Lelaki tampan buat para muslimah adalah :

♥ dia bangun pada waktu SUBUH untuk menghadap TUHAN nya
♥ dia melapangkan waktu kerjanya untuk menyembah TUHAN nya pada waktu ZUHUR
♥ dia tahan kepenatannya semata-mata untuk berjumpa TUHAN nya tatkala ASAR menjelang
♥ dia tinggalkan dunianya buat seketika di kala MAGHRIB tiba
♥ dia menepati waktu solatnya pabila azan ISYA' sudah berkumandang

Lelaki yang tampan hatinya seperti ini menjadi idaman para wanita muslimah kerana :

♥ mereka adalah bakal imam wanita
♥ mereka adalah bakal pemimpin keluarga
♥ mereka adalah insan yang bakal dihormati dan ditaati para isteri
♥ mereka adalah individu yang bakal menunjukkan jalan ke syurga pada keluarganya

:: Lelaki tampan hati adalah lelaki soleh, dambaan wanita solehah :)

Tuesday, February 5, 2013

KENAPA SY MINAT CITE HINDUSTAN

Tau x gmbr siapa yg kt atas ni? msti dh knal kan. King Of Bollywood, Shah rukh Khan. Hehe. Ok, berbalik kpd tajuk yg tertera di atas, mmg rmai yg tnya aku knape aku ni mnat sngt cte hindustan, lagu2 dia . Sbb jarang org mnat Hindustan, yg rmai nyer msti minat Korea. Tu la uniknya aku.. (perasan)
 
Kalau korg nak tahu, aku ni dilahirkan pada 17 Oktober 1990, di mna kbtulan perayaan Deepavali, sbb tu kulit aku nk agak glap dlu.. hehe, grau je. Gelap2 comel ap, aku suka lelaki yg agak gelap sbnarnyer. Apa yg aku merapu ni. Aishh. Bila tnya Ma, Ma akan ckp "ni msti sbb lahir Deepavali, sbb tu mnat smcam ngn Hindustan" ..

Sjak kecil lg, aku suka duk dpn tv, tggu cte hndustan TV3 yg sjak dlu dtayangkan jam 2 ptg. Pstu trbawa2 lagu tu ke mna2 je. Duk nyanyi je smpai lam van pun nyanyi. Aku suka dgr lagu dia walaupun x phm, mgkin kna ngan jiwaku yg suka berangan. Hehe. Aku suka tgk dorg yg mnari2, pusing2 kat tman. Romantik..

Aku paling suka tgk Aishwarya Rai mnari, sopan dan cntik je. Tarian pun lmah gemalai. Mnat lak nk mnari ni. Kalau best jodi adalah SRK dan Kajol, sweet la dorg ni. Rindu nak tgk dorg berlakon sma2, mcm ad chemistry antara mereka. Dan satu lagi wajah mereka ada iras.

Ok, antara sbb aku mnat cte Hindustan adalah 
- Jalan crita yg sngt best
- Pelbagai genre diselitkan, ad kelakar, romantik, ganas , sedih. Kdg2 leh buatkan aku menangis.
- Tak boring sbb ad lagu, pakai bju kaler2 pstu duk tmpat cntik2.. Romantik
- Lgu yg sngt best, lirik yg sngt mndalam. Lagu tu mngambarkan perasaan si hero/heroin tp diluahkan lam lgu
- Pelakon pndai hdupkan watak yg dlakonkan. Takde yg brlakon cam kayu
- Cite yg sngt romantik, sesuai ngn jiwaku nie. 

Walaupun aku mnat Hindustan, xbrmakna aku bgitu taksub smpai fanatik. Aku lyn yg mna2 best je. Aku ttp suka crita Islamik dan lagu nasyid. Pernah ad org tnya aku "msti nk cari pakwe muka cam SRK kn?". Aku hnya trgelak. Takkan smpai cmtu skali.. "xdela, sy ttp suka lelaki Melayu, krna cinta dan mnat tak pernah sma" =)

aishwarya rai yg cntik =)

Psgn yg ideal
 
 
 

Sunday, February 3, 2013

KISAH RASULULLAH S.A.W DAN PENGEMIS BUTA

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah s.a.w. mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah s.a.w. menyuap makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah s.a.w melakukannya hingga menjelang Nabi Muhammad s.a.w. wafat. Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah itu?", tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah s.a.w. selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "Siapakah kamu ?". Abu Bakar r.a menjawab, "Aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.

TIPS PERKAHWINAN

 1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana
anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf
apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit
secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan..

Saturday, February 2, 2013

LARANGAN MEMAKI SYAITAN(ucaplah BISMILLAH)

Suatu ketika seorang sahabat meluahkan rasa sakit hatinya dengan memaki syaitan apabila haiwan tunggangan Rasulullah s.a.w tersandung. "Celaka syaitan". Rasulullah s.a.w yang kebetulan mendengarnya menasihati, Jangan berkata "celaka syaitan", kerana jika kamu berkata seperti itu, syaitan menjadi angkuh dan berkata: "Dengan kekuatanku akan ku buat dia jatuh." Ketika kau berkata, "Bismillah", syaitan akan menjadi sekecil lalat". (H.R. Ahmad)

Diriwayatkan dari Abu Malih dari seorang lelaki, dia berkata, "Ketika aku dibonceng Nabi s.a.w, tiba-tiba unta beliau tergelincir. Serta-merta aku katakan, "Celakalah syaitan." Lalu beliau bersabda: "Jangan kamu katakan, 'celakalah syaitan', sebab jika kamu katakan seperti itu maka syaitan akan membesar sebesar rumah dan berkata, 'Demi kekuatanku'. Akan tetapi ucapkanlah "Bismillah," sebab jika kamu ucapkan lafaz tersebut, syaitan akan mengecil hingga sekecil lalat," (Shahih, H.R. Abu Dawud [4982]).

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w beliau bersabda, "Janganlah kalian mencela syaitan tetapi berlindunglah kepada Allah dari kejahatannya." (Silsilah Ahadaits ash-Shahihah [2422])

KATA2 HIKMAH 2

 
 
♥ BismillaahiRRahmaaniRRahiim ♥

❥ RENCANA kita boleh saja INDAH..

Tapi rencana ALLAH-lah yang TERINDAH..

❥ HIDUP kita mungkin baik-baik saja..

Tapi hidup dengan aturan-Nya akan membuat hidup menjadi lebih SEMPURNA..

❥ PEKERJAAN kita mungkin MENJANJIKAN..
Tapi barokah-Nya-lah yang menjadikan kita KAYA ..

KEKUATAN kita mungkin sanggup membawa kita menjadi orang HEBAT..
Tapi hanya bersama-Nya, kita akan bisa menjadi LUAR BIASA ... !!!

Semangat..Semoga hari-harimu penuh warna..Aamiin

Friday, February 1, 2013

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W.

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

“Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.”

JALAN ALLAH


Aku minta kepada Allah setangkai bunga segar,
tapi Allah memberiku kaktus berduri...


Aku minta kepada Allah hewan mungil nan cantik,

tapi Allah memberiku ulat berbulu...


Aku sedih, kecewa dan bertanya-tanya. ..


Betapa tidak adilnya Allah kepadaku.


Namun seiring dengan berjalannya waktu...


Kaktus itu berbunga indah... bahkan sangat indah.


Dan ulat berbulu itu tumbuh dan berubah, menjadi

kupu-kupu yang amat cantik...


Inilah jalan Allah...


Semua indah pada waktunya...