Saturday, February 2, 2013

LARANGAN MEMAKI SYAITAN(ucaplah BISMILLAH)

Suatu ketika seorang sahabat meluahkan rasa sakit hatinya dengan memaki syaitan apabila haiwan tunggangan Rasulullah s.a.w tersandung. "Celaka syaitan". Rasulullah s.a.w yang kebetulan mendengarnya menasihati, Jangan berkata "celaka syaitan", kerana jika kamu berkata seperti itu, syaitan menjadi angkuh dan berkata: "Dengan kekuatanku akan ku buat dia jatuh." Ketika kau berkata, "Bismillah", syaitan akan menjadi sekecil lalat". (H.R. Ahmad)

Diriwayatkan dari Abu Malih dari seorang lelaki, dia berkata, "Ketika aku dibonceng Nabi s.a.w, tiba-tiba unta beliau tergelincir. Serta-merta aku katakan, "Celakalah syaitan." Lalu beliau bersabda: "Jangan kamu katakan, 'celakalah syaitan', sebab jika kamu katakan seperti itu maka syaitan akan membesar sebesar rumah dan berkata, 'Demi kekuatanku'. Akan tetapi ucapkanlah "Bismillah," sebab jika kamu ucapkan lafaz tersebut, syaitan akan mengecil hingga sekecil lalat," (Shahih, H.R. Abu Dawud [4982]).

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w beliau bersabda, "Janganlah kalian mencela syaitan tetapi berlindunglah kepada Allah dari kejahatannya." (Silsilah Ahadaits ash-Shahihah [2422])

No comments:

Post a Comment