Wednesday, January 30, 2013
TANDA2 ORANG SOMBONG
Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong adalah :
1. Cepat melahirkan sifat marah.
2. Suka memotong percakapan orang.
3. Suka bermujadalah yakni bertegang leher.
4. Nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis.
5. Bercakap meninggikan suara.
6. Pantang ditegur.
7. Tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahannya.
AKHIRNYA.. =)
Semester ni, aku meletakkan harapan yang sangat tinggi untuk pointer GPA aku kerana bagiku, subjek pada semester ini lebih ok berbanding sem2 lepas. Dan aku ingin menebus kegagalan ku pada semester lepas. Hnya Allah yang tahu perasaanku bila mndapat tahu yang pointer aku mnurun scara mndadak. Aku tak tahu sbb apa. Mungkin subjek itu trlalu susah ntuk aku skor atau usaha aku xsebanding dengan apa yang aku ingin capai.
Semester ni, aku hnya ada 4 paper ntuk final exam. Yang 2 lagi adalah PSM dan juga untuk Lab. Aku tanam azam untuk buat yang terbaik dan aku siap tampal lagi target aku untuk mndapat A bgi setiap subjek. Aku hnya studi kat bilik, sbb aku xsuka blaja dlm keadaan org rmai dan stress. Sbnarnya cara kita blajar brgantung kpd individu. Bila ad bnda yg tak phm bru aku g lib, tnya kawan2.
Aku cuba skor test, kuiz. Dah takleh nak main2 dah, aku nak bgi kjayaan untuk Ma dan Abah. Bila aku dpt kputusan test, aku akan bgitau Ma dan Abah. Ternyata mereka gembira. =) Tak lupa untuk berdoa kpd Nya. Aku cuba dekatkan diri dgn Allah, cuba sbaik mgkin mmbaca ayat-ayat Nya. Aku tahu aku bukan gadis yg solehah, tp aku akan berusaha.
Kalau nak tahu, aku bukan jnis yg study hard, tp study smart. Org akan nampak aku ni cam rileks, tp sbnarnya aku ambil masa yg sesuai, ambik mood dan studi. Aku akan buat nota ringkas, bnyakkan latihan mngikut tips yang diberikan. Akan ada kismis dan air kosong di atas mejaku. Bila berakhir smua paper, hati ni lega sngt. Yang kelakarnya, stiap kali habis paper, aku akan kira pointer aku, adakah masih bjaya untuk aku mndapat Dekan semester ni. Aku pun tak bagi harapan yg tggi krna takut kecewa. Aku tawakal.
Bila dah sminggu bercuti, aku dapat tahu result untuk Machine, Alhamdulillah aku dpat A. Aku trkejut sngt2, sbb aku ase xbrape confident, dan aku pun kuar agak awal dari dewan peperiksaan. Xlama kmudian, teha mesej aku, dia ckp result smua subjek sudah kuar. Aku mula bimbang, nak check internet xde. Aku mintak tolong Mimi dan Mai check kan untukku, aku paling rsau comm, sbb aku ase akan dpt B je.
Sekali lagi, Allah memberiku suatu kejutan yang aku xsngka. Alhamdulillah, Allah memakbulkan doaku slama ini. Aku bersyukur sngt2. berita yang aku trima dari mereka sngt2 di luar jangkaan. Aku dpt straight A (tp ad yg A-). Segera aku bgtau Ma dan Abah yang ketika itu berada di KL. Mereka sngt gembira. In shaa Allah, aku akan dpt Dekan semester ini. Sungguh ini hadiah yang bermakna dlm hdupku dan hadiah ntuk Ma dan Abah yang bnyak berkorban ntukku.
Apa yang aku pelajari, kita jgn kdekut ilmu, smakin kita sebarkan, smakin luas ilmu kita. Dan yg pnting, jgn lupa hubungan kita dngan ALLAH S.W.T . Terima kasih kpada kwn2 yang bnyak mmbantu sy spnjang kita sma2 belajar di sini.
"Perbaiki urusan dalamanmu, Allah akan baiki urusan luaranmu.. Perbaiki hubunganmu dengan Allah, Dia akan baiki hubunganmu dengan manusia.. Beramallah untuk akhiratmu, Allah akan jamin urusan duniamu"
Tuesday, January 29, 2013
♥ 19 TIPS CINTA SUAMI ISTERI ♥
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah,
tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon
pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang
sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti
I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan
perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari
peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada
gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya
apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda
mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar
berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau
sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada
disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak
sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu
amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan
atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk
peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja
yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau
dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka
teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15.
Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri
melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam
rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda
mencapai matlamat tersebut.
19. Jika amalan-amalan di atas
tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia
sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
copy from Keharmonian Rumahtangga dan Keluarga Muslim
Monday, January 28, 2013
SIKAP ISTERI YANG MENENTERAMKAN HATI SUAMI by Dunia Islam
1. Berhias secantik mungkin serta banyak tersenyum ketika suami berada di rumah.
2. Menampakkan wajah yang selalu ceria dan berseri ketika ada di depan suami.
3. Suka memberi perhatian kepada suami. Dengan perhatian tersebut maka akan membuat seorang suami merasa nyaman.
4. Menerima sekecil apapun pemberian (material) suami. Dan tidak sekali-kali mengeluhkan atau menyesal.
5. Tidak banyak menuntut kepada suami dengan hal-hal yang masih belum dapat ia penuhi.
6. Tidak suka membantah apa yang suami ucapkan. Dan bersuara rendah ketika berbicara kepada suami.
7. Selalu mentaati segala perintah dan larangan suami sepanjang bukan menyuruh pada hal-hal kemaksiatan.
8. Suka menemani suami di saat makan. Dengan ditemani maka seorang suami akan merasakan kenikmatan dalam kebersamaan.
9. Tidak suka melakukan sesuatu ataupun kegiatan yang tidak disukai suami.
10. Tidak suka keluar rumah jika tak ada keperluan penting. Kerana rata-rata seorang suami tidak menyukainya.
11. Suka menghibur hati suami ketika ia dalam suasana bersedih.
12. Dan selalu turuti permintaan suami jika hendak mengajak tidur
bersama sepanjang tidak ada hal-hal yang menghalangi untuk melakukannya.
Jika hal tersebut diatas bisa dilakukan seorang isteri..
Maka seorang suami akan makin sayang kepada isterinya dan menjadi suami yang setia. InsyaAllah..
Sunday, January 27, 2013
RAHSIA PERSONALITI MELALUI TARIKH LAHIR
Sebenarnya banyak
rahsia boleh diungkapkan hanya dengan mengetahui tarikh lahir seseorang itu.
Okay..kali ini selidik pula personaliti seseorang itu berdasarkan warna yang
mewakili tarikh lahir. Malah sikap diri sendiri pun boleh kamu kenali dengan
mudahkan? Jadi, sekiranya tarikh lahir kamu jatuh pada 24hb Februari, bermakna
kamu mewakili warna kuning. Setelah kenal pasti warna kamu, bolehlah kamu
melihat keperibadian diri kamu menerusi warna tersebut.
23 hingga 1hb Disember - Merah
2 hingga 11hb Januari - Oren
12 hingga 24hb Januari - Kuning
25hb Januari hingga 3hb Februari - Merah jambu
4 hingga 8hb Februari - Biru
9 hingga 18hb Februari - Hijau
19 hingga 28hb Februari - Perang
1hb Februari hingga 10hb Mac - Aqua (Biru kehijauan)
11 hingga 20hb Mac - Lime
21hb Mac - Hitam
22 hingga 31hb Mac - Ungu
1 hingga 10hb April - Biru
11 hingga 20hb April - Perak
21 hingga 30hb April - Putih
2 hingga 14hb Mei - Biru
15 hingga24hb Mei - Emas
25 hingga 3hb Jun - Krim
4 hingga13hb Jun - Kelabu
14 hingga 23hb Jun - Maroon
24hb Jun - Kelabu
25 hingga 4hb Julai - Merah
5 hingga 14hb Julai - Oren
15 hingga 25hb Julai - Kuning
26hb Julai hingga 4hb Ogos - Merah jambu
5 hingga 13hb Ogos - Biru
14 hingga 23hb Ogos - Hijau
24hb Ogos 2hb September - Perang
3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan)
13 hingga 22hb September - Lime
23hb September - Olive
24hb September hingga 3hb Oktober - Ungu
4 hingga 13 Oktober - Biru
14 hingga 23hb Oktober - Perak
24hb Oktober hingga 11hb November - Putih
12 hingga 21hb November - Emas
22hb November hingga 1hb Disember - Krim
2 hingga 11hb Disember - Kelabu
12 hingga 21hb Disember - Maroon
22hb Disember - Teal Merah
2 hingga 11hb Januari - Oren
12 hingga 24hb Januari - Kuning
25hb Januari hingga 3hb Februari - Merah jambu
4 hingga 8hb Februari - Biru
9 hingga 18hb Februari - Hijau
19 hingga 28hb Februari - Perang
1hb Februari hingga 10hb Mac - Aqua (Biru kehijauan)
11 hingga 20hb Mac - Lime
21hb Mac - Hitam
22 hingga 31hb Mac - Ungu
1 hingga 10hb April - Biru
11 hingga 20hb April - Perak
21 hingga 30hb April - Putih
2 hingga 14hb Mei - Biru
15 hingga24hb Mei - Emas
25 hingga 3hb Jun - Krim
4 hingga13hb Jun - Kelabu
14 hingga 23hb Jun - Maroon
24hb Jun - Kelabu
25 hingga 4hb Julai - Merah
5 hingga 14hb Julai - Oren
15 hingga 25hb Julai - Kuning
26hb Julai hingga 4hb Ogos - Merah jambu
5 hingga 13hb Ogos - Biru
14 hingga 23hb Ogos - Hijau
24hb Ogos 2hb September - Perang
3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan)
13 hingga 22hb September - Lime
23hb September - Olive
24hb September hingga 3hb Oktober - Ungu
4 hingga 13 Oktober - Biru
14 hingga 23hb Oktober - Perak
24hb Oktober hingga 11hb November - Putih
12 hingga 21hb November - Emas
22hb November hingga 1hb Disember - Krim
2 hingga 11hb Disember - Kelabu
12 hingga 21hb Disember - Maroon
22hb Disember - Teal Merah
MERAH
Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka.
Krim
Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan 'kehilangan' sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji.Dari segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar-benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!
TEAL (Warna Kayu)
Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan,terlalu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punya ramai teman.
Merah Jambu
Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain.Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.
Hijau
Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar benar sesuai untuk dirinya!
Emas
Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar-benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.
Kuning
Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang-orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta.Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminta hal-hal yang romantik bersama si dia. Alahai!
Maroon
Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!
Oren
Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!
Ungu
Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka.
Warna buah limau (Lime)
Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?
Perak
Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni.Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga! Namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan;bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap 'hard to get' untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.
Hitam
Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!
Warna buah Zaiton (Olive)
Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan.
Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi 'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!
Perang
Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia.
Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?
Kelabu
Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.
Biru
Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benarmenyintai si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.
Biru Laut
Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala-galanya.Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, kamu ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!
Putih
Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!
Biru Kehijauan (Aqua)
Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain.Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta...! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak memakan diri!
SEKALI LAGII..
Aku menelefon kawan baikku, Diba.
Diba merupakan sahabatku sejak dari UM lagi. Orgnyer kecik dan comel. Suka sngt
kwn dgn dia. Niatku untuk bertanya khbar. Jelas nada suara ceria Diba bila aku
menghubunginya. Masih sma sperti dlu.=)
Macam2 kami bercerita, Rindu sngt kat
dia ni. Sejak 2 tahun lpas, aku asyik ckp nk dtg UM, tapi masa blum mngizinkan.
Ingin sahaja aku bertemu sahabatku itu dan memeluknya erat. Banyak benda yang
ingin aku kongsikan padanya.
Kerap juga dia mgusikku dgn status ku yg
masih single ni. Aku hnya ketawa tetapi menyembunyikan sesuatu yang aku cuba
sorokkan daripada org len sebelum ni. Sedang seronok kami berborak, tiba2 Diba
bertanyakan kepadaku.
"siti, ad masalah ap2 ke?"
"tak, knape?"
"ye ke? kite rase cam len (Diba bhsakan kite
dgn ku)"
Entah kenapa tiba2 aku terasa ingin
ku luahkan padanya. Aku menceritakan ttg smuanya.
Diba ckp dia rasa sedih tiba2 dgr
ceritaku. Aku apatah lagi. aku cuba
kawal nada suaraku supaya dia tidak mnyedari aku menagis. Diba tnya lagi
"camne ct leh trima smua ni. Macam berat
sngt"
"entah diba, ct bukanlah kuat. tp apa2 pun ct
kna redha jgk. ct yakinkan hati ni dgn janji Allah. Dia pasti mnyediakan yg
lbih baik untuk ct." ujarku
prlahan smbil mnahan air mata dari gugur.
Namun aku gagal. Ia tetap jatuh
membasahi pipiku.
Adikku yg paling aku rapat pun aku
xprnah bgtau apa perasaanku sbnar. Aku buat2 kuat dpn dorg. Aku ketawa ceria
tetapi hati ini masih mnangis. Setelah aku mematikan panggilan, aku sekali lagi
menangis. Kali ini aku biarkan shja airmata trus gugur dan gugur. Kerana aku
tahu, wanita menangis untuk mmbina smula kekuatan dan melawan kekecewaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)

