Sunday, January 13, 2013

MENANTI WAKTU PULANG =)

Wah, x sbr asenye nak balik ke kampung halaman ku ni.. Xlama dah, esok je siti. Tungguuuu.. Terasa menyesal pun ad sebab beli tiket lambat. Sebenanya last paper aku adalah pd 10hb lpas, tapi aku sje nak bli 15hb. Konon nak wat PSM 2. Iyelah, bila dah abes exam, semangat nak blajar, mncari bahan, membaca dan sewaktu dgnnya sudah tiada dlm jiwa ini. So, fikiran ni asyik melayang smpai ke ngeri ku yg trcinta. 

Sekarang ni, aku kat lib, bilik thesis untuk dapatkan sedikit sebanyak sumber yang berkaitan. Ni pun setelah dipaksa diri yg malas ini. Ye la, sok dh nak balik. Nak tak nak, kna cari gak. Bila duk umah nnti, confirm xcari dah bnda2 cmni. Bz ngan aktiviti2 kat umah.. hehe. Adik aku pun marah sbb aku beli tiket lwat sngt. eleh, rindu la tu. =p

Barang2 smua dah abes packing, tinggal nak letak lam stor je nnti. Yang geramnyer, nape la nak kna bayar simpan brg lam stor tu, dah la mahal. Duit tu ntuk ap ntah. Esok la kot bru nak usung smua brg tu ke stor kolej. Harap2 la xpnuh lagi lam tu. Aritu aku trpaksa bli beg guni nak isi barang2.. Sumat je smua lam tu. 

Aku ada belikan kerepek ntuk dibwa pulang. Benci jgk ni sbb asal nak balik, msti mood makan brtmbh2.. Nnti confirm ad org tgur "makin chubby la".. Owh, mematikan mood ku je. Xpe2, nnti balik diet k. Dah janji ngn Ina kan. Papepun, aku nak balik, jumpa kluargaku trsyg, makan mkanan kgemaranku yg xdpt dijumpai di sini dan g jalan2 sekitar Kota Bharu. Aku tringin nak g PCB dan makan cucuk2 tu.

Anyway, cuti ni xleh enjoy sngt. Kna pikir sal PSM gak. Duk umah, jgn malas2. wat kerja k.. =) 




Friday, January 11, 2013

KELANTAN OH KELANTAN

Perkongsian
Kelantan oh Kelantan...   
Mundur ?
Mereka yang tak pernah sampai ke Kelantan , pasti dalam kepala akan fikir betapa mundurnya Kelantan memandangkan Kelantan tidak ditadbir oleh kerajaan persekutuan yakni BN .. kan kan ?

Aku antara mereka yang memikirkan begitu.. tapi itu 3 tahun yang lepas.. Aku tak pernah jejakkan kaki aku ke Kelantan sebelum itu.. Sebelum itu ialah hari dimana aku dan sekeluarga ke Kelantan atas urusan .. ehem... merisik .. risik wife aku skang ni laa... hehe..

Kali pertama aku sampai .. aku tertelan air liur ... Masjid dan surau mmg mudah sangat didapati dan ianya terurus dengan baik sekali ... Kiranya kalau nak singgah solat dan berehat tu , tak de masalah langsung .. dan aku sangat teruja dengan KELANTAN !

2 tahun kemudian
Hurm... tiap kali aku balik ke Kelantan , rumah orang tua wife aku .. aku sangat suka.. perjalanan yang memakan masa 8 - 10 jam ( jika kerap henti ) mmg menyeronokkan.. Kenapa ? aku suka berhenti dan lepak.. makan .. tengok keadaan sekeliling dan update dalam blog..

Dan jika aku pulang ke Kuala Lumpur , aku akan ikut jalan ke Terengganu .. jalan pesisir pantai yang mmg cantik !

Walaupun makan masa sehingga 12 jam , aku tak kisah .. mmg puashati dan rileks sangat ... drive dengan rileks jer ... hehehe ..

Dan , aku senantiasa menunggu masa nak pulang ke Kelantan dan berehat kat sana .. Sesungguhnya , bagi aku orang orang di Kelantan mmg tak langsung seperti yang digembar gemburkan ..kasar dan suka bergaduh !

Moden
Bandaraya Kota Bharu .. hurm.. dulu aku ingat , ianya cuma pekan koboi... cam nun kat kampung ayah aku tu ... tapi meleset weh !!!

Tambah skang ni lagi , mmg meriah ... Yang menariknya , tiap kali waktu azan berkumandang , maka segeralah cari masjid dan solat berjemaah .. best kan ?

Malam ? Tak seperti bandaraya Kuala Lumpur .. Tak perlu peningkan kepala... rileks.. aman .. damai ... mmg tenang ... Tak perlu nak pening dengan disko.. tengok anak anak gadis berpelesiran tak tentu hala... semua tu , mmg takkan jumpa kat sana ..

Destinasi Pelancongan
Hurm.. mmg best bercuti ke pantai timur .. mmg best !! Takde masalah langsung .. Setakat ni , alhamdulillah .. tiap kali bershopping , tak pernah sapa sapa menjeling atau cuba nak mengacau .. malah di layan dengan ramah lagi ..

Dan ..ehem.. anak anak dara mereka .. mmg bisa membuatkan anak teruna terutamanya mereka yang bukan berasal dari situ , berkelip mata... comey comey blaka.. hehehe .. Ala... bukan aku gatal tapi ni hakikatlah.. Skang ni , bukan takat comeyjer .. bijak pon ramai weh... haaa.. Aku bercerita mengenai negeri Kelantan yer.. jangan bandingkan dengan negeri lain ..

Dan .. aku ini orang KL berdarah Pulau Pinang .. kampung aku nun di Pulau Pinang... okeh ? Sesungguhnya , pantai timur mmg best untuk pergi bercuti !

Ditulis oleh : Ben Ashaari
 p/s: sy syg negeri sy, KELANTAN DARUL NAIM. Biarlah org nk kata ap pun.. kita sbnarnyer smua sma..

BERIADAH BERSAMA

Kaki ini gatal nak g jalan2 lepas abis exam.. Smalam aku dah kuar g BP Mall dgn kwn baikku, Yanti untuk mendapatkan Papa Roti yg sedap itu.. Tapi kuar kjap je, Sebelum Asar dah smpai kolej. Tadi, kawanku, Teha msej aku, dan ajak aku g jalan2 tepi tasik, ngn excited aku mmbalas "Nak" . Aish, ni la kot perasaan org yg dh abes paper kan. Tak payah nak pikir ap2 dah, tenang je hati. =)

Hampir kul 6, aku dan Teha berjalan kaki untuk ke tasik dalam U ni. Dan yang paling best, angin sepoi2 bahasa dan cuaca yg mndung mmbuatkan hati ini sjuk . Melihat daun mlmbai2, air tasik mengalir tenang. Indah ciptaan Allah. Aku tersenyum. Ingtkan nak amek gmbr td, tp xbwk fon la pulak.

Bnyak bnda yg aku bualkan dgn Teha. Pasal plajaran, masa depan, kluarga. Best la, sbb aku makn rapat dgn dia. Teha ni lum abis paper lagi, tu yg dia nmpak sdikit gusar. Dia ad tnya aku, cmne nk blajar dan mudah fhm. Aku ckp la yg kita kna tahu cara blajar yg btol dan sesuai ngn kita. Kalau cam aku, aku kna blajar sendiri ataupun 2 org, xleh rmai2. Nnti stress. 

Ramai jgk bdak2 yg jogging tepi tasik, dan ada yg berkayak. Teringin gak nak brkayak sebenarnya, tp tu la, aku ni takut ckit ngan aktiviti dalam air. Masa tahun 1 dlu, pernah gak men kayak. Tp sekali tu je la. Tiba2 ase nk balik, g Pantai Cahaya Bulan smbil makan cocok2.. Lama dh tak g sna. Huhu. 

Jalan punya jalan, terasa perut ni mngeluarkan irama. Aku ajak Teha makan. Bukan men order nasi goreng cili padi pedas, mmg mnyengat la td. Smpai trkeluar air mata. Aku berkongsi mkn ngan Teha. =) . Tapi puas hati la sbb mmg pedas. hehe. Habis makan, ktorg smbung jalan untuk pulang ke kolej kediaman.. Suasana masih sma sprti td.

Thanks Teha sbb ajak sy jln2 arini. Sok kita jln2 lagi eh. Bnyk bnda yg boleh kita smbang.. hehe

x amek gmbr ngn teha td. =(

Thursday, January 10, 2013

CAHAYA CINTA


Dia telah telah menentukannya
Kita bertemu dan bercinta
Inilah oh takdirnya
Bukan kerana harta
Inilah citra cahaya cinta

Pintu hatiku telah kau buka
Tak mampu ku menafikannya
Kejujuran diberi
Kasih datang terhenti
Ini bahagia yang ku cari

Sayangi daku
Peluklah daku
Janji dengan ku
Semai cinta nan satu

Tuhan memuji
Takkan berhenti
Hanya ku pinta
Sama setia menjaga
Hingga ke alam syurga
p/s: lagu romantik yg paling aku suka.. smpai skrg x boring dengar

Friday, January 4, 2013

KELUARGA IDAMAN



Di petang yg hening dengan angin sepoi2 bahasa ini, ingin aku menulis entri yg agak jiwang ini. Ceh3. pdhal mmg jiwang je kan sjak dulu lagi..hehe.. 

Keluarga impian,, Ye, aku mengimpikan yang aku memiliki sbuah keluarga yang SAKINAH, MAWADDAH, WARRAHMAH suatu hari nnti. In shaa Allah. Jadi aku mula berfikir siapakah yang bakal mnjadi suamiku yg bakal melengkapi keluarga impian ku ini.

Aku inginkan seorang lelaki yang bukan brtnyakn khbarku stiap hari, atau menelefonku spnjang masa  tapi aku inginkan lelaki yang bila merinduiku, mnyebut namaku dalam doanya. Yang mencintaiku tetapi tak melebihi cinta pada-Nya, yang menyantuni ku tetapi masih mnyantuni org sekelilingnya. 

Dan biarlah cinta itu mekar seiring cinta pada Sang Pencipta. Aku bersyukur jika aku mampu memiliki cinta seperti ini dari insan bernama lelaki.. Aku bukanlah sempurna untuk mengharapkan lelaki yg hebat. Cukuplah bagiku lelaki yang mampu mnyempurnakan hidupku dan membawa cinta kami ke syurga nnti. 

Kadang2 aku membayangkan lelaki itu mnjadi imam kpd solatku, ajar aku membaca kitab-Nya dgn lebih baik. Aku juga ingin belajar mencintai apa yang Allah cintai bersamanya, bersama anak2 nnti.. Haishh, berangan lebih. 
Sayangku...
Semoga Allah selalu membimbingmu di setiap sela kehidupanmu bersamaku.

Meski aku bukan yang sempurna, tapi aku ingin mencintaimu dengan sederhana.

STUDI SMBIL MENIKMATI DOMINO'S PIZZA

Aku tak tau la knape mood studi ntuk Final Exam ni sma cam mood nk test je.. Aishh, truk btol. Dari pagi td aku duk wat soalan ikut tips, wat latihan tambahan lum lg.. AWAT jd lgu ni hah? 

Ok2.. xnak stress kan. Aku kirim kat Mira yg kbtulan nk g kuar makan Domino's Pizza  untuk blikan aku skali.. Mengidam pizza nih. Aku share ngn k.Mal, bli satu prcuma satu.. Setiap org dpt satu regular pizza.. Nyum2. Yg bestnyer, kwn aku ada tmbah duit dia ntuk bli pizza mmndangkan aku hnya kasi rm10.. Alhamdulillah, murah rezeki btol..=)

Bnyak giler makan arini, tghari td dah makan nasi goreng kot. Habes la plan diet aku ni.. Xpe2, diet lpas exam lak k. Mna leh diet time exam cmni.. Btmbah streesnyer kan..(alasan je tu)..

Leh lak aku makan satu regular pizza sorg.. Biar btol.. Nak kongsi ngan rumate, dorg sume dah knyang, so trpaksa la mkn sorg.. Aku bukan trus habeskan tau.. Smpan untuk mkn tgh malam lak.

nilah dia, domino's pizza..sudah smpai

aku dh habeskan 3 keping tau.. =)
kepada yg mmbaca entri ni, jgn jeles tau.. Nak bagi tp dh abes lak.. hehe.. apepun, domino's pizza mmg sedapp.. =)

Thursday, January 3, 2013

KISAH LUQMAN AL-HAKIM DENGAN TELATAH MANUSIA


Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki." Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."
Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu." Oleh ker ana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai." Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah s.w.t. sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."