Thursday, November 15, 2012

Rindu Ma & Abah

Ngah stress cmni, aku tringat sngt kat Ma dan Abah. Rase cm nk nangis je. Nak balik, jmpa org trsayang aku ni. Sungguh berat aku menanggung beban rindu pada mereka.

 Ma mrupakan seorg yang pndiam, sngt pendiam. Kadang aku rasa geram bila Ma senyap time aku tnya soalan. Tp itulah Ma aku, yang ttp lembut dan baik di hati aku dan adik bradik yang lain. Mngkin Ma bnyak brfikir ttg anak2 mereka. Aku tak tahu. Yang aku tahu, Ma seorang yg sngt tabah dan sabar.. Spanjang hdup aku, aku tak prnah nmpak ma marah, mengeluh. Tu yang buat aku sngt mghormati Ma. Aku nak jd isteri dan ibu cm Ma.. Pandai masak, rajin, sbar layan karenah anak2, suka hias rumah, penyayang dan byk lagi.

Walaupun sibuk, Abah ttp x mgabaikan anak2nya. Mmg aku dlu kuat mrajuk ngn Abah bila Abah x tepati jnji. Sekarg aku dh buat sifat tu, aku nak jd anak yang baik.  Abah seorng yang peramah, lbih bnyak ckp, pandai bergurau dan aku rasa Abah lbih mnja brbanding Ma. hehe.Abah paling terharu bila aku buat jmuan untuk besday dia. Aku tak mmpu bg hadiah yg mahal untuk Abah. Abah bnyak brkorban untuk kita, tp kita tak tahu.

Abah, Ma.. kak Ngah syg Ma dan Abah sngt2.. Maaf Kak Ngah tak jd anak yang baik, tp Kak Ngah akan usaha untuk itu. Yang boleh Ma dan Abah bnggakan. Kak Ngah nak jdi anak yg baik dan solehah. Nma Ma dan Abah tak prnah luput dlm doa anakanda mu ini. Itu lah yang mmpu Kak Ngah buat untuk Ma dan Abah. Semoga Allah memelihara khidupan Ma dan Abah di dunia dan akhirat . I really2 luv both of U..

Wednesday, November 14, 2012

Meh, Makan Budu

Bangun pagi td, tiba2 terbayang nasi putih dan lauk ikan goreng.. dan yang penting ad bdu sbagai plengkap hidangan. Aku mengajak rumate ksyganku, Kak Mal untuk makan sma2.. Kak Mal bwk budu ngan cili, ni yang best ni. Tak sbr asenyer nak makan.

Ktorg sma2 turun cafe dan pilih mknan. Pada mulanya aku nk pilih ikan goreng, entah knapa hati ni x berkenan ngan ikan2 trsebut. Last2 aku amek ayam goreng, ngan ulam. Bila mknan trhidang dpan mta, trasa sprti brada kat umah sendiri. Nyum2.. aku mkn dgn pnuh selera.

Aku suka sngt makan bdu. Kalau ad ikan gorng n budu je pun dh ckup. Kwn2 aku pun ramai jgk yang leh mkn bdu, but still ad gak yang xtahan dgn baunya. Kuat sngt kot..


Sebenarnya budu ni ada bnyak khasiat tau.. Jgn tak tau. Antaranya ialah:

- mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh yang dpt mghalangi penyakit brbahaya dan menghalang kanser,
-mengandungi zat bakteria penyebab cirit, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi
- mempertingkatkan IQ bg yg memakannya.
- merupakan pembekal protein yang tinggi
- dpt menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Erm, kna slalu mkn la, brulah pandai..hehe.. Dah kenyang2 ni, nak mnum air sunquick lak.. =)

9 Tips Tambahan Agar Diet Sukses

1) Dengar muzik kegemaran
    Mendengar muzik kegemaran sehingga menenagkan otak mampu 'mengenyangkan' anda.
    Ia seumpama menikmati makanan ringan yang mengenyangkan.

2) Makan dalam kuantiti yg kecil
    Elakkan daripada mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak walaupun anda
    berada di dlm jmuan atau majlis makan malam

3) Minum teh hijau
    Amalkan mnum secawan teh hijau stiap hari kerana ia dpt mningkatkan jumlah kalori yg 
    dibakar pada tubuh badan.

4) Beri tumpuan pd makanan
    Jgn makan smbil menonton, belajar atau membaca.

5) Keluar berjalan-jalan
    Ambil masa untuk berjalan-jalan selama 20 minit di halaman rumah stiap hari untuk 
    menghirup  udara segar

6) Makan makanan sihat
    Ambil makanan yang seimbang dan sihat trutama salad dan yogurt

7) Gosok gigi dan lidah
     Bersihkan gigi dan lidah anda dgn berus dan ubat gigi yang terbaik dan segar

8) Teliti catatan pengambilan makanan anda
      Teliti kembali catatan2 yg anda buat setiap mggu.

9) Elakkan makan di tempat tdur.

Jika AKu Jatuh Cinta

Wahai yang Maha Pengasih
Jika aku jatuh cinta
benihkanlah cintaku kepada seseorang yang melabuhkan cinta pada-Mu
Agar bertambah kuat untukku mencintaiMu

Wahai yang Maha Penyayang
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati org yang hatinya bertaut kpada-Mu
Agar diriku tidak jatuh dalam jurang cinta yang murah

Wahai yang Maha Pemurah
Jika aku ini rindu
Rindukanlah aku pd seseorg yang merindui syahid di jalanMu

Wahai yang Maha Penentu
Jagalah rindu dalam hatiku ini
Agar aku tidak lalai dlm mrindui syurgaMu

DuiT oH DuiT

Aku membelek purse wrna pink milikku.. Adoi, tggal rm1 je lagi.. Cmne nak mkn ni.. Abah ckp, nnti dia balik dari PD bru msukkan duit untuk aku.. Ok la, tahan kejap.. Nanti dah ad duit leh makan. =)

Hurm, susah sngat nk uruskan kwangan tambah lagi kalau kita tgh belajar. Tgh2 xde duit, tiba2 masa ni jgk la, ad je yang kna beli.. Sabun la, sympu, kertas, pen, mnyak wangi, milo, biskut dan lain2.. Kna guna duit lg. Abah slalu bagi aku rm100 untuk blnja lbih kurng 2 mggu, mmg itu yang aku mntak. Tu pun aku rsa kesian kat Abah, asyik mntak duit. Tp kan, hnya bnja lam rm7 sehari.. cukup2 mkn je tau. Tak termasuk barang kperluan len.

Esok aku brcdg nak beli brg jap.. Milo, biskut dan syampu. Abesla duit aku ni. trpaksa la diet lg. But, msa kwngn thap kritikal ni, aku trpikir jgk. Aku xde duit skrg ni sbb mngajar aku untuk hdup bersederhana, kawal pemakanan dan yang penting elak daripada mmbazir. Aku tahu, kalau aku ad duit, mcm2 nak dibeli. So, aku ingin uruskan prbelanjaanku dgn baik. Aku hnya mkn roti dgn milo untuk sarapan pagi dan mkn nasi mse ptg je, lpas asar, malam buat air je. Ha, kn jimat.. hehe

Apapun aku bersyukur, walaupun kekurangan wang, aku still leh mkn makanan kegemaranku, mmpu beli barang keperluan di sini.. Dan ALHAMDULILLAH, aku masih dpt mnjalani kehidupan yang baik sebagai student universiti..

Tuesday, November 13, 2012

Azam Baru..

~spatutnya post 2mggu lpas.

Hari ni, aku akan brtolak smula ke johor,..hurm, sedih plak nak tggalkn umah..xpela..demi mngejar cta2 ku ini, aku snggup tinggalkan kg smntara..
 insyaAllah, aku dtg dngn azam baru, diri aku yang baru.. yang sntiasa bersemngat dan slalu ceria.. aku ingin blajar sungguh2.. aku nk try dpt dean list…
aku nak jadi org yng kuat, yang cuba melupakan perkara yang sedih2, yang slalu cuba trsenyum..
aku kena bersyukur dgn nikmat Allah.. jgn krana satu kekecewaan, kita lupa nikmat Allah yang sngt bnyak.. tabahkan hatimu siti khalidah… insyaAllah, Allah akan bersama dgn org2 yang bersabar… =)


Ayat Seribu Dinar

Ayat 2 dan 3 surah At-Talaq atau lebih dikenali sebagai ‘Ayat 1000 Dinar’ merupakan ‎amalan yang masyhur dalam hal berkaitan rezeki dan perlindungan diri. Ramai ‎yang mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah SWT mengurniakan kemurahan ‎rezeki, kemudahan dan penyelasaian masalah. Tetapi haruslah mengamalkannya secara beristiqamah.

Hikmah Ayat 1000 Dinar.

Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:‎
‎1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
‎2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
‎3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, ‎kezaliman dan bencana alam.‎
‎4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
‎5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.

Sejarah Dinamakan 1000 Dinar‎

Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. ‎Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. ‎Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi ‎yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun ‎bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut ‎bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang ‎itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat ‎berkenaan.‎
.
Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat ‎yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia ‎dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu ‎hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah ‎diajarkan Nabi Khidir.

Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua ‎penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda ‎angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah ‎negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah ‎tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat ‎yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri ‎tersebut.‎

Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk ‎negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah ‎beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). ‎Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat ‎‎1000 dinar.‎


Ayat Seribu Dinar sngt elok dibaca selepas solat Fardhu. Jom sama2 mengamalkannya.