Friday, December 31, 2010

Hanya Mereka Di Hatiku..

Aku dihantar oleh Abah, Ma, dan tiga lagi adikku ke stesen kereta api. Perasaanku tiba-tiba sebak bila adik-adik aku kata
"Tak best la kalau A takde, tak dapat dah nak gi jalan-jalan"
"Bila plak A nak balik?"
"Tak dapat dah dengar lagu hindustan dan menari dgn A"

Mujurla aku tak menangis kat situ. Aku bersalaman dengan mereka ketika kereta api dah sampai. Tak lena plak aku tido malam ni. Oleh kerana keboringan, aku memikirkan azam atau matlamat aku menjelang tahun 2011 ni. Urm, kejap je masa berlalu, pejam celik pejam celik, umur aku dah masuk 21 tahun( tanpa mengira tarikh lahir).
Dah nak kahwin rupanyer aku ni, haha..

Alhamdulillah, aku sampai jugak rumah sewa aku ni. Tapi, perasaan aku tetap kat rumah. Semakin kuat rasa rindu aku kat family aku. Aku rindu kat ma, rindu kat abah, kat along,echa,ina, syahirah.. Rindu sangat-sangat. Tapi aku kena tabahkan hati aku demi menuntut ilmu, demi ma dan abah, aku akan terus berusaha.. =)



Ni la abah dan ma yang amat aku sayang, Encik Rahimi dan Puan Che Rahimah. Gambar ni diambil mase Raya Aidilfitri. 2010. Aku bersyukur sangat-sangat kerana mempunyai ibubapa yang memahami dan menyayangi aku. Aku baru je lepas mimpikan dorang. Tiba-tba je airmata ku menitis, rindu sangat-sangat. Kalau kat rumah, aku antara adik beradikku yang bising, suka kacau ma dan abah. Buat ngada-ngada cikit, pasang cite Wokyoh kuat2 sebab abah suka sangat cite ni.. Aku suka sangat tengok wajah ceria abah dan senyuman ma. 

Kalu aku balik, baru je menjejakkan kaki masuk ke dalam rumah. aku akan kejutkan adik-adik aku bangun. Mula-mula dorang bangun ni, muka macam tensen je. haha, padan muka, bangun lambat lagi.(aku pun bangun lmbat jgk). Itulah Echa, Ina dan yang bongsu, Syahirah.Tapi tu pun kejap je la, beberapa minit kmudian, dorang mula ceria. Berborak-borak dan masa tu juga aku cerita itu ini. Kat rumah, memang aku banyak cakap la. Dan adikku, terutama yang bongsu mula mengatur jadual.. petang ni, g jalan-jalan sampai kampung blakang, petang esok lak, men kejar-kejar depan rumah dan dot..dot..dot. Aku pun ikut je la. Lagipun, masa ni la aku luangkan masa dengan adik-adikku.

Aku memang tak peduli sal fon aku lagi, kalau ada mesej, kadang-kadang je aku balas, tu pun kalau aku perasan, sebab aku ni tak suka buat dua benda dalam satu masa. Kalau masa untuk adik-adik aku, tiada masa aku untuk bermesej..haha.. Selagi aku belum terikat dengan sesiapa, selagi itulah masa, hatiku untuk mereka yang amat aku sayang. 

with adikku, Syahirah



adapun gambar Ina ni.hihi

Aku diberitahu bahawa cuti midsem pada semeter ni awal iaitu awal bulan 2. Hatiku kembali berbunga riang, aku boleh balik lagi!!!!   yahoo..tak sabar menunggu detik itu. Buat adik-adikku yang merindui aku sekarang, nantikan kepulanganku bulan depan. Nanti kita g jalan-jalan, makan mee celup, keropok lekor lagi ye. Miss u all!!!

Sunday, December 26, 2010

LELAKI IDAMAN

Haha.. Nak tergelak pulak aku bila aku wat post baru aku dengan tajuk ni. Tajuk ini merupakan cadangan dari salah seorang kawanku setelah mengetahui aku ni mulai aktif dalam dunia blog. Aku mendapati bahawa tajuk ini sangat menarik dan aku pun terbuka hati untuk bercerita tentang LELAKI.. Secara jujurnya, aku agak emo jika bercerita tentang lelaki. Orang yang rapat dengan aku tau la aku ni macamana kan. Masa kecik-kecik dulu, aku lansung tak fikir tentang lelaki. Aku memang benci giler yang terlampau sangat la kat budak-budak laki ni. Diorang selalu ejek aku dan usik aku dan kiranya masa tu adalah zaman kegelapan aku.. huhu, sedih plak aku ni. 

Naik je sekolah menengah, aku mula pasang angan-angan nak lelaki yang hensem dan kaya. Ha, aku rasa ramai yang nak cari teman lelaki yang hensem lagi berharta kan? Cop, jangan cakap aku ni mata duitan pulak. Itu dulu ye, ketika fikiran dipengaruhi novel-novel cinta yang pernah aku baca. Tetapi, aku belum ada feel lagi nak bercinta, aku memang fokus pada pelajaran. Alhamdulillah, keputusan PMR aku cemerlang dan ini merupakan kegembiraan ma dan abah. Masuk form 4, aku sering kali diasak dengan pelbagai soalan yang semuanya berkaitan lelaki. alamak!!! lelaki lagi. Aku hanya mendiamkan diri. Malas nak jawab dan fikir. Kat sekolah, memang aku tak suka sesiapa la. Dan orang mula cakap aku ni 'jual mahal'. 

Setelah tamat SPM, aku mulalah berangan-angan tentang bakal pendamping hidupku. Ciri-ciri lelaki idaman aku semakin bertambah dalam senarai pada ketika itu. Antaranya ialah: 
1-Hensem
2-Berkulit cerah
3-Berkaca mata
4-Tinggi
5-Kemas
6-Sederhana
7-Romantik
8-Berkerjaya

Hanya 8 ni sahaja yang aku ingat. Walaupun telah tersenarai dengan jayanya dalam buku diari aku dulu-dulu, namun aku hanya buat bodoh . Ketika aku 17 tahun, aku mula menyukai seseorg . Sebelum ini, aku ada bagitahu ma dan abah, aku nak cari orang luar, maksudnya orang yang bukan sama negeri dengan aku, Namun aku trima siapa sja dia..=)

Pada umur 20 ni, aku lebih matang dalam bercerita tentang LELAKI IDAMAN. Dan ini merupakan list terbaru untuk lelaki IDAMAN aku. 


1) Sedap mata memandang.. kalau sebelum ni, aku suka yang hensem, tapi sekarang, aku rasakan yang aku lebih tertarik dengan yang biasa-biasa saje. Yang boleh buat aku rasa sayang kat 'dia'
2) Tak kaya. Haha. Seriously, aku tak terlalu suka pada orang yang berpangkat ni. Oleh kerana aku ni dari keluarga sederhana, jadi aku pun nak cari lelaki yang sederhana sahaja.
3) Aktif dalam sukan. Ha, ini adalah ciri-ciri tambahan bagi si 'dia' yang aku cari. Mungkin pemain bola sepak ke.. Oleh kerana ianya hanya ciri tambahan, jadi aku tidak harapkan sangat la.
4) Kerja tetap. aku tak kisah 'dia' kerja apapun, yang penting dia berusaha dan berkerja dengan amanah. 
5) Beriman, dan ini merupakan ciri yang wajib ada pada si 'dia'. Tak semestinya perlu sentiasa berjubah, lulusan Al-Azhar. Yang penting pengetahuannya dalam agama mestilah baik dan yang dapat mengimami aku solat. 
6) Yang boleh buat aku setia. Ini tak bermaksud aku ni jenis playgirl atau mudah jatuh cinta dengan seseorang. Tetapi bermaksud lelaki yang boleh membuatkan aku rasa selesa dan sempurna dengan dia, yang boleh membahagiakan aku.

Jadi, hanya ini sahaja yang aku senaraikan. Aku harap aku akan jumpa MR.RIGHT aku ni.. InsyaAllah.

Thursday, December 16, 2010

Selebriti/ Artis Pilihan

Wanita mmg sinonom dgn perkataan CANTIK.. sape yang xnak cntikkan?? Tp cantik ni terlalu subjektif dan meluas jika untuk dbincangkan. ad yang kata cantik jika gadis tu mnja, ada kerana sebab wajah kacukan(aku x suka sngt muka kacukan omputih), personaliti, wajah yang sempurna, dan banyak lagi.. Bagi aku, kecantikkan dalaman menyerlahkn kcntikan luaran. Kalu cantik, tp perangai xelok, xcntik gak kan... dan kecantikan dalaman tu mestilah dilihat pada agama.. Terdapat beberapa selebriti/artis wanita yang cantik bagi aku...

Wardina

Aku suka sngt ngan imej wardina ni terutama selepas beliau berubah.. dahulu, wardina digelar simbol seks, namun kini beliau mnjadi idola remaja/wanita bertudung... manis dan cantik je dia.. ada personaliti yg mnarik..



Datin Norjuma


Datin Norjuma Habib, wanita yang secantik namanya. aku kenal norjuma bila beliau mnjadi pengacara rancangan wanita popular iaitu Nona. suke tgk mata die..dah la cantik, pandai lak tu.. beliau bertudung, mmbuat aku bertambah kagum. cantik dan bertudung..=)



Dato' Siti Nurhaliza.



Merupakan penyanyi wanita tersohor negara.. memiliki suara emas, kalau aku dgr bliau mnyanyi, msti mremang bulu roma,. waalupun trkenal dan ramai peminat, beliau ttp merendah diri.. selain x seksi cam kbnyakkan artis lain, beliau masih mngekalkan ciri-ciri kemelayuan, sopan.. sebab tu beliau cantik di mata aku.



Rita Rudaini



Satu-satunya pelakon wanita yg aku minat. setiap kali lakonan beliau, aku slalu tgk.. spt Tangisan Bulan Madu dan yang paling aku suka cite Syair Buat Najiha... lakonan beliau mmg mnjadi dgn watak wanita yg sopan dan lembut. wajah beliau cantik tanpa perlu mekap tebal2.. ma pun ckp dia cantik.. =)

Monday, December 13, 2010

Bidadari dan Wanita Cantik


CIRI-CIRI wanita solehah yang menepati sifat2 bidadari di syurga adalah spt berikut:

a. Baik akhlaknya dan cantik wjahnya


Imam Al- Ghazali mengatakan bahawa wanita yang sebenarnya cantik adalah yang baik akhlaknya, cantik wajahnya(fizikalnya), mencintai suaminya, tidak banyak memandang lelaki lain. Maka wanita seperti itu adalah di atas bentuk bidadari. Sesungguhnya Allah Taala menyifatkan wanita-wanita penghuni syurga itu dengan sifat-sifat tersebut, seperti firmanNya bermaksud:

" Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." 
                                                                     (Ar-Rahman :70)

Salah satu sifat bidadari itu adalah penuh kecintaan. Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:

" Wanita yang terbaik ialah apabila dipandang suaminya, nescaya ia mengembirakan akan suaminya. dan apabila disuruh oleh suamniya, nescaya ia mentaatinya. Dan apabila suaminya pergi. nescaya ia menjaga kehormatan suaminya tentang dirinya dan hartanya"   (H.R Nasa'i).



b. Murah maharnya.

 Mas kahwin wanita yang menepati ciri-ciri solehah adalah ringan dan murah. Sabda Rasulullah SAW:
"Wanita yang terbaik ialah tercantik mukanya dan yang termurah maharnya." 
                                                                   (H.R Ibnu Hibban)

"Wanita yang terbanyak memperolehi keberkatan ialah yang paling sedikit maharnya."
                                                                 (Hadis daripada Aisyah)

Adalah Umar r.a melarang bermahal-mahal emas kahwin dan berkata: "Tidaklah Rasulullah SAW itu  kahwin dan mengahwinkan anak-anak perempuannya dengan mahar yang melebihi dari empat ratus dirham"

Sebahagian sahabat Nabi SAW telah mengahwinkan anak perempuannya dengan mahar emas seberat biji buah tamar, yang harganya cuma lima dirham.


c. Banyak melahirkan anak.

Mengahwini wanita yang banyak melahirkan anak digalakkan sebagaimana sabda Nabi SAW:

   "Haruslah kamu mengahwini wanita yang beranak banyak dan yang mencintai suaminya."
                                                      (H.R Abu Daud dan An-Nasa'i).

Kalau wanita itu keadaannya belum diketahui, maka hendaklah diperhatikan dari segi kesihatan, kemudaan,
keturunannya.


d. Gadis atau Perawan

Nabi Muhammad SAW menggalakkan umatnya agar terlebih dahulu mengahwini gadis atau perawan.
Mengahwini gadis perawan itu mengandungi 3 faedah:
1. Dia akan mencintai dan mengasihi suaminya, maka akan terjalinlah kasih sayang dan kemesraan.
2. Menyempurnakan kasih sayang suami kepada isterinya.
3. Bahawa gadis yang perawan itu tidak akan merindui mana-mana lelaki sebab ia belum pernah
    mempunyai suami. Cinta yang kukuh biasanya adalah cinta pada kali yang permata.


e. Wanita yang berbudaya

Wanita itu hendaklah berbudaya ataupun berpegang kuat kepada tradisi adat yang benar, kerana ia
mendidik anak-anaknya dengan cara yang benar, kerana ia akan mendidik anak-anaknya dengan cara
yang benar. Kalau ia sendiri tidak beradab dan berbudaya, nescaya tidak akan pandai mendidik anak-
anaknya. 

Thursday, December 9, 2010

LAGU NASYID

Aku memang penggemar lagu-lagu nasyid..  bagi aku, lgu nasyid dpt mmberikan kekuatan, motivasi pada diriku yg lemah ini.. lagu-lagu nasyid gak mengetengahkan konsep/ elemen yg berbeza... ada yg berkonsepkan ketuhanan, ttg para nabi, tokoh-tokoh wanita islam, cinta dan bnyak lagi... dan yg paling aku suka adlh lagu ttg wanita.. boleh mmbntu aku membina peribadi yg lbih baik... =)


ramai yg mngatakan, lagu nasyid skrg tlh lari dari konsep sbnar.. erm, ye ke?? bagi aku, TIDAK.. knape aku ckp tidak.. coz lirik2nya sesuai dgn keadaan kita terutama remaja skrg.. liriknya tidak melalaikan.. contohnya lagu Mahar Cinta nyanyian Devotees..  mmg liriknya berkisarkn cinta antara lelaki dan perempuan.. tp ad nasihat disebaliknya kn...


kumpulan nasyid yg aku paling minat ialah In-Team... gabungan suara yg hebat, lagu pun sedap... lagu yg aku slalu dgr smpai skrg adlh lagu Impian Kasih.. dlm video klip ada Norjuma..hehe..group len pun xkurang hbatnya... Hijjaz, Raihan masih mnjadi pilihan pnggemar nasyid.. DeHearty lak, kbnyakan lagu nya ttg wanita.. aku suka sgt lagu Permata yang Dicari, Wanita.. slow tp indah.. Ammar, pnyanyi solo nasyid juga mmpunyai suara yg mntap.


Dehearty..... lagu group ni mmg best...


Hijjaz: masih terus dminati ramai...



inteam: lagi best kalo mereka kembali bergabung sprt lam album Allahu Rabbi...=)


time aku boring, aku terus pasang lagu nasyid... aku jdi lebih tenang..kalu aku nk berciap g mne2, msti aku pasang lagu nasyid trutamanya lagu Wanita, Impian kasih, Bisikan Nurani... bestttt.smpaikan semua adik aku tau lirik lagu2 nih..


aku nak senaraikan lagu2 nasyid yg aku minat..sbnrnya sume aku suka..tp nk amek top10 la
1- Impian kasih (inteam)
2- Wanita (dehearty)
3- Zapin Kesyukuran (hijjaz)
4- Nurul Iman (amar)
5- Allahu Rabbi (inteam)
6- Insan Taqwa (inteam)
7- Pemergianmu (inteam)
8- Ainul Mardhiah (unic)
9- Bidadari (munif-hijjaz)
10-Isteri Solehah (saff-one)

kalau tgk snarai ni..mmg bnyak lagu dr inteam.. maksudnya, aku mmg suka lagu inteam... aku harap sngt, industri nasyid smakin maju dan cemerlang dlm mnyampaikn dakwah... nasyid forever..=)


Wednesday, December 8, 2010

FINAL EXAM


final exam dah bermula sejak beberapa mggu yg lpas..so time aku tulis ni, adlh mnnti saat nak abes exam.. x sbr lak.. ye la, abis je last paper, aku terus leh balik klntan, my hometown...=)..rindu nk jumpa ma, abah, dan adik beradik ku yg len... adik bngsu aku lak xabes2 ingtkn supaya belikannya gelang.. sblum balik klntan keesokkannya, aku dh janji ngn yanti nk tgk cite korea sama2.. hehe.. exam lum abes lgi, tp dh rancang mcm2...ish3 

bnyak gak la paper lpas yg susah... xtau la aku cmne result nnti.. adkh GPA aku akan mnurun..huhu, sedih lak aku bila aku pikir.. buat2 xtau je la... last paper, electrical instrument.. slagi xlpas paper ni, slagi tu aku ase x mnntu, nak buat ape-apepun xtenang....

so, aku akan try wat sbaik mngkin ntuk last paper ni, 3 krdit lak tu. seram ...chapter 3 amat memeningkan aku. . utk kwn2, gud luck ye.. studi2, jgn men2... (nsiht ntuk aku gak)

Sunday, October 17, 2010

Aku.. Siti Khalidah


1) thun ni,dan hari ini,genap umur aku iaitu 20 tahun,tp aku rase mcm aku ni dah umur 23  cmtu....(mgkin sbb ramai ckp cmtu kot)...


2) aku ni hnya gadis biase.... nothing special about me... aku boleh dkatakn seorg yg sdrhana.... aku pun asal dari kluarga sederhana je....tp aku bersyukur dgn ap yg aku miliki..   kluarga yg ramai, pndidikan yg baik, tubuh bdan yg shat.... ALHAMDULILLAH..


3) aku x suka org nlai aku dri luaran sje... bila ad yg xkena,mulalh xsuka,sdgkan aku x prnah suh org judge aku ni trlalu baik.. aku pun ad kekurgn...

4)aku syg sngt kluarga aku iaitu 12 org kesemuanya trmasuk parents aku... agak unik, aku memiliki adik bradik yg sma ramainya,iaitu 5 llak  i dan 5 prmpuan... nma ma dan abah lak hmpir sma... Rahimi dan Rahimah.... =)



5) aku ni mnat sngt mngarang..aku dah hasilkan 4 cerpen dan 2 novel yg trbengkalai..hehe.. masih mncari ilham... dan aku ni mmg sjak dlu mnat nak jd ckgu... mse kcik dlu,mak aku(cikgu jgk) slalu dpt hadiah tyme hari guru..hehe... tp 2 dlu la...bila dah nek sekolah menengah...aku nak jd ckgu sbb aku suka mngajar... bila org  tnya aku, "so,nape pilih cni(bdng engineering)???".... aku snyum dan mnjwb"  sy x pilih,tp dah dpt cni nk wat cmne???".... org tu akn mmblas" jodoh kt cni kot"    hurrrrrrrrrrrrmmmmmmmmm...
  
6) aku suka pakai bju kurung.. aku rase lbih selesa... aku xkesah org nk kata aku ni x up 2 date.. asalkan aku jdi aku sendiri.. dan bnyak bju kurung ma dan along aku kebas... hehe.. bju kurung skrg pun bnyak yg chantek2.. nnti aku krja, mungkin bnyak koleksi bju2 kurung lam almari... haha


7) aku ni jenis suka jln2... kt umah sewa ni pun aku slalu gak g kdai runcit dpan.. sbb aku suka tgk alam.. suka tgk org2 sekeliling... kt umah sndiri pun sma.. aku dtemani adik aku, Ina dan Syahirah g jln2 smpai kg kt blakang... smbil jln, ktorg brborak.. ye la, duk jauh ni, skali balik, mcm2 bnda nk cte.. kalu nk ajak aku g mne2.. aku msti ON je..


8) aku bukan jnis kaki shopping.. kalau aku diajak g mne2 Mall, aku pasti bli juz brg2 yg pnting spt sabun mndi, syampi, pmbersih muka... nk beli bju, kasut, nk belek lama2, bukan aku la tu.. pernah gak aku g tman ma g jln2 kt KB.. tp aku xbli satu brg pun.. aku juz nk jln2 je..hehe.. tp aku wajib makan kalu kuar....hoho


9) berat badan aku mudah naik dan turun.. tu yg susah..aku ni jnis kuat mkn... aku paling suke mkn kropok lekor dan nuget... lpas aku prsn berat bdan naik, aku mula diet.. pastu mkn bnyak smula.. xde disiplin kot...so, istilah diet bg aku ni mmg susah..


10) aku suka tgk selebriti brtudung... cntohnnya Norjuma, Wardina.. mereka sngt cntik.. bg aku bertudung mnyerlahkn lagi kcntikkan seseorng.. bak kata abg aku..." perempuan, slagi x pakai tudung,slagi tu xnampak cntik"...


11) aku ad kwn2 yg hepi... aku syg dorg dan cuba mnghrgai mereka sebaik-baiknya.. yanti, tika, dila, ika, liza... mereka buat aku rase gembira, slalu ketawa... hope, hbungan ttp kekal smpai bile2...


12) aku suka lagu nasyid, lagu hindustan.. ciap leh hafal lagu hndustan yg bru aku dgr.. tp ap2pun, aku ttp utamakn lagu nasyid..hehe.. aku suka lagu hndustan sbb aku rase, mlalui lagu, si hero/heroin meluahkn perasaan atau menceritakn sesuatu keadaan.. sbb tu kalu aku tgk cte hndustan, aku mnnti saat dorg nyanyi..haha.. mmg best... lam family aku, aku je la yg mnat hndustan... =)


13) aku xsuka bahasa inggeris..aku xtau la.. kalu subjek fizik, math, aku suka lak.. bg aku bi ni susah, spnjang msa aku studi, hnya skali je aku dpt bi 'A' iaitu time UPSR (x trmasuk time darjah 1 &2)..


14) aku boleh dkatakn pncinta alam, bukan pncinta wanita ye.. kalu ad adik aku atau spupu aku, jln2..pastu buang smpah merata2, aku suh dorg kutip balik.. dan buang tmpat sptutnya.. slain tu, aku suka tgk2 bunga, tp aku xpetik.. org je yg bagi aku bunga yg dpetik (bunga mawar)..hehe


15) dlm malaysia ni, ad dua tmpat yg btol2 aku tringin nk pergi.. Cameron Highland n Bukit Fraser.. tmpatnyer tenang, xde bunyi bising2.. sbb aku mmg sukakn ketenangan..


16) soalan yg sllu dtanya oleh mak sedaraku, "dah ad pakwe?" ... mmg ni soalan wajib dtnya jika aku balik kg.. aku ni mmg rapat ngan 3 org mak sedara aku ni.. so, jwpan aku " x... xde org nak.." haha


17) aku bukan jenis mnja atau merengek... aku mungkin mnja pada yg org yg aku rpat je.. 


18) bagi aku, nak suka seseorg tu mgkin senang.. bila aku suka seseorg tu, aku akan suka die je la.. dan susah ntuk aku bnci seseorg, tp... bila aku dh bnci, smpai bila pun aku bnci.. aku xsuka dpermainkn.. so, jgn salahkan aku...


19) aku suka mekap, tp mekap bukan di luar rumah.. kt rumah, aku men mekap2, pastu pakai tudung, amek gmbr.. tu je..luar rumah, bdak dan celak dah cukup.. xsuka lbih2.. yg pnting, kemas & selesa..


20) aku bnyak impian... aku pernah berangan nk pakai bju pngantin yg cntik2, ..aku suka tgk bju pngantin..tp entah bila la aku nak pakai bju yg cntik cmtu.. kna tggu khwin dulu kot.... sabaq2, studi dulu... nnti bru cari =)




cntikkan kalau pakai cmni..=)