Friday, December 31, 2010

Hanya Mereka Di Hatiku..

Aku dihantar oleh Abah, Ma, dan tiga lagi adikku ke stesen kereta api. Perasaanku tiba-tiba sebak bila adik-adik aku kata
"Tak best la kalau A takde, tak dapat dah nak gi jalan-jalan"
"Bila plak A nak balik?"
"Tak dapat dah dengar lagu hindustan dan menari dgn A"

Mujurla aku tak menangis kat situ. Aku bersalaman dengan mereka ketika kereta api dah sampai. Tak lena plak aku tido malam ni. Oleh kerana keboringan, aku memikirkan azam atau matlamat aku menjelang tahun 2011 ni. Urm, kejap je masa berlalu, pejam celik pejam celik, umur aku dah masuk 21 tahun( tanpa mengira tarikh lahir).
Dah nak kahwin rupanyer aku ni, haha..

Alhamdulillah, aku sampai jugak rumah sewa aku ni. Tapi, perasaan aku tetap kat rumah. Semakin kuat rasa rindu aku kat family aku. Aku rindu kat ma, rindu kat abah, kat along,echa,ina, syahirah.. Rindu sangat-sangat. Tapi aku kena tabahkan hati aku demi menuntut ilmu, demi ma dan abah, aku akan terus berusaha.. =)



Ni la abah dan ma yang amat aku sayang, Encik Rahimi dan Puan Che Rahimah. Gambar ni diambil mase Raya Aidilfitri. 2010. Aku bersyukur sangat-sangat kerana mempunyai ibubapa yang memahami dan menyayangi aku. Aku baru je lepas mimpikan dorang. Tiba-tba je airmata ku menitis, rindu sangat-sangat. Kalau kat rumah, aku antara adik beradikku yang bising, suka kacau ma dan abah. Buat ngada-ngada cikit, pasang cite Wokyoh kuat2 sebab abah suka sangat cite ni.. Aku suka sangat tengok wajah ceria abah dan senyuman ma. 

Kalu aku balik, baru je menjejakkan kaki masuk ke dalam rumah. aku akan kejutkan adik-adik aku bangun. Mula-mula dorang bangun ni, muka macam tensen je. haha, padan muka, bangun lambat lagi.(aku pun bangun lmbat jgk). Itulah Echa, Ina dan yang bongsu, Syahirah.Tapi tu pun kejap je la, beberapa minit kmudian, dorang mula ceria. Berborak-borak dan masa tu juga aku cerita itu ini. Kat rumah, memang aku banyak cakap la. Dan adikku, terutama yang bongsu mula mengatur jadual.. petang ni, g jalan-jalan sampai kampung blakang, petang esok lak, men kejar-kejar depan rumah dan dot..dot..dot. Aku pun ikut je la. Lagipun, masa ni la aku luangkan masa dengan adik-adikku.

Aku memang tak peduli sal fon aku lagi, kalau ada mesej, kadang-kadang je aku balas, tu pun kalau aku perasan, sebab aku ni tak suka buat dua benda dalam satu masa. Kalau masa untuk adik-adik aku, tiada masa aku untuk bermesej..haha.. Selagi aku belum terikat dengan sesiapa, selagi itulah masa, hatiku untuk mereka yang amat aku sayang. 

with adikku, Syahirah



adapun gambar Ina ni.hihi

Aku diberitahu bahawa cuti midsem pada semeter ni awal iaitu awal bulan 2. Hatiku kembali berbunga riang, aku boleh balik lagi!!!!   yahoo..tak sabar menunggu detik itu. Buat adik-adikku yang merindui aku sekarang, nantikan kepulanganku bulan depan. Nanti kita g jalan-jalan, makan mee celup, keropok lekor lagi ye. Miss u all!!!

No comments:

Post a Comment