Haha.. Nak tergelak pulak aku bila aku wat post baru aku dengan tajuk ni. Tajuk ini merupakan cadangan dari salah seorang kawanku setelah mengetahui aku ni mulai aktif dalam dunia blog. Aku mendapati bahawa tajuk ini sangat menarik dan aku pun terbuka hati untuk bercerita tentang LELAKI.. Secara jujurnya, aku agak emo jika bercerita tentang lelaki. Orang yang rapat dengan aku tau la aku ni macamana kan. Masa kecik-kecik dulu, aku lansung tak fikir tentang lelaki. Aku memang benci giler yang terlampau sangat la kat budak-budak laki ni. Diorang selalu ejek aku dan usik aku dan kiranya masa tu adalah zaman kegelapan aku.. huhu, sedih plak aku ni.
Naik je sekolah menengah, aku mula pasang angan-angan nak lelaki yang hensem dan kaya. Ha, aku rasa ramai yang nak cari teman lelaki yang hensem lagi berharta kan? Cop, jangan cakap aku ni mata duitan pulak. Itu dulu ye, ketika fikiran dipengaruhi novel-novel cinta yang pernah aku baca. Tetapi, aku belum ada feel lagi nak bercinta, aku memang fokus pada pelajaran. Alhamdulillah, keputusan PMR aku cemerlang dan ini merupakan kegembiraan ma dan abah. Masuk form 4, aku sering kali diasak dengan pelbagai soalan yang semuanya berkaitan lelaki. alamak!!! lelaki lagi. Aku hanya mendiamkan diri. Malas nak jawab dan fikir. Kat sekolah, memang aku tak suka sesiapa la. Dan orang mula cakap aku ni 'jual mahal'.
Setelah tamat SPM, aku mulalah berangan-angan tentang bakal pendamping hidupku. Ciri-ciri lelaki idaman aku semakin bertambah dalam senarai pada ketika itu. Antaranya ialah:
1-Hensem
2-Berkulit cerah
3-Berkaca mata
4-Tinggi
5-Kemas
6-Sederhana
7-Romantik
8-Berkerjaya
Hanya 8 ni sahaja yang aku ingat. Walaupun telah tersenarai dengan jayanya dalam buku diari aku dulu-dulu, namun aku hanya buat bodoh . Ketika aku 17 tahun, aku mula menyukai seseorg . Sebelum ini, aku ada bagitahu ma dan abah, aku nak cari orang luar, maksudnya orang yang bukan sama negeri dengan aku, Namun aku trima siapa sja dia..=)
Pada umur 20 ni, aku lebih matang dalam bercerita tentang LELAKI IDAMAN. Dan ini merupakan list terbaru untuk lelaki IDAMAN aku.
1) Sedap mata memandang.. kalau sebelum ni, aku suka yang hensem, tapi sekarang, aku rasakan yang aku lebih tertarik dengan yang biasa-biasa saje. Yang boleh buat aku rasa sayang kat 'dia'
2) Tak kaya. Haha. Seriously, aku tak terlalu suka pada orang yang berpangkat ni. Oleh kerana aku ni dari keluarga sederhana, jadi aku pun nak cari lelaki yang sederhana sahaja.
3) Aktif dalam sukan. Ha, ini adalah ciri-ciri tambahan bagi si 'dia' yang aku cari. Mungkin pemain bola sepak ke.. Oleh kerana ianya hanya ciri tambahan, jadi aku tidak harapkan sangat la.
4) Kerja tetap. aku tak kisah 'dia' kerja apapun, yang penting dia berusaha dan berkerja dengan amanah.
5) Beriman, dan ini merupakan ciri yang wajib ada pada si 'dia'. Tak semestinya perlu sentiasa berjubah, lulusan Al-Azhar. Yang penting pengetahuannya dalam agama mestilah baik dan yang dapat mengimami aku solat.
6) Yang boleh buat aku setia. Ini tak bermaksud aku ni jenis playgirl atau mudah jatuh cinta dengan seseorang. Tetapi bermaksud lelaki yang boleh membuatkan aku rasa selesa dan sempurna dengan dia, yang boleh membahagiakan aku.
Jadi, hanya ini sahaja yang aku senaraikan. Aku harap aku akan jumpa MR.RIGHT aku ni.. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment