CIRI-CIRI wanita solehah yang menepati sifat2 bidadari di syurga adalah spt berikut:
a. Baik akhlaknya dan cantik wjahnya
Imam Al- Ghazali mengatakan bahawa wanita yang sebenarnya cantik adalah yang baik akhlaknya, cantik wajahnya(fizikalnya), mencintai suaminya, tidak banyak memandang lelaki lain. Maka wanita seperti itu adalah di atas bentuk bidadari. Sesungguhnya Allah Taala menyifatkan wanita-wanita penghuni syurga itu dengan sifat-sifat tersebut, seperti firmanNya bermaksud:
" Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik."
(Ar-Rahman :70)
Salah satu sifat bidadari itu adalah penuh kecintaan. Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:
" Wanita yang terbaik ialah apabila dipandang suaminya, nescaya ia mengembirakan akan suaminya. dan apabila disuruh oleh suamniya, nescaya ia mentaatinya. Dan apabila suaminya pergi. nescaya ia menjaga kehormatan suaminya tentang dirinya dan hartanya" (H.R Nasa'i).
b. Murah maharnya.
Mas kahwin wanita yang menepati ciri-ciri solehah adalah ringan dan murah. Sabda Rasulullah SAW:
"Wanita yang terbaik ialah tercantik mukanya dan yang termurah maharnya."
(H.R Ibnu Hibban)
"Wanita yang terbanyak memperolehi keberkatan ialah yang paling sedikit maharnya."
(Hadis daripada Aisyah)
Adalah Umar r.a melarang bermahal-mahal emas kahwin dan berkata: "Tidaklah Rasulullah SAW itu kahwin dan mengahwinkan anak-anak perempuannya dengan mahar yang melebihi dari empat ratus dirham"
Sebahagian sahabat Nabi SAW telah mengahwinkan anak perempuannya dengan mahar emas seberat biji buah tamar, yang harganya cuma lima dirham.
c. Banyak melahirkan anak.
Mengahwini wanita yang banyak melahirkan anak digalakkan sebagaimana sabda Nabi SAW:
"Haruslah kamu mengahwini wanita yang beranak banyak dan yang mencintai suaminya."
(H.R Abu Daud dan An-Nasa'i).
Kalau wanita itu keadaannya belum diketahui, maka hendaklah diperhatikan dari segi kesihatan, kemudaan,
keturunannya.
d. Gadis atau Perawan
Nabi Muhammad SAW menggalakkan umatnya agar terlebih dahulu mengahwini gadis atau perawan.
Mengahwini gadis perawan itu mengandungi 3 faedah:
1. Dia akan mencintai dan mengasihi suaminya, maka akan terjalinlah kasih sayang dan kemesraan.
2. Menyempurnakan kasih sayang suami kepada isterinya.
3. Bahawa gadis yang perawan itu tidak akan merindui mana-mana lelaki sebab ia belum pernah
mempunyai suami. Cinta yang kukuh biasanya adalah cinta pada kali yang permata.
e. Wanita yang berbudaya
Wanita itu hendaklah berbudaya ataupun berpegang kuat kepada tradisi adat yang benar, kerana ia
mendidik anak-anaknya dengan cara yang benar, kerana ia akan mendidik anak-anaknya dengan cara
yang benar. Kalau ia sendiri tidak beradab dan berbudaya, nescaya tidak akan pandai mendidik anak-
anaknya.
No comments:
Post a Comment