Saturday, November 17, 2012

5 CARA BANGKIT DARI KEGAGALAN

1) KENALI SUMBERNYA
Percayalah setiap kegagalan itu pasti ada sebab dan puncanya. Oleh itu, apabila gagal jangan terus menunding jari pada org lain atau akur shja dengan apa yang telah berlaku. Kaji dulu puncanya. Mungkin kamu boleh perbaiki puncanya dan keadaan boleh berubah atau sekalipun tidak mampu diubah kamu mungkin dapat belajar dari kesilapan yang telah kamu lakukan

2) CARI HIKMAHNYA
Setelah menemui akar penyesalan tanyalah pada diri apa hikmah di sebalik kejadian tersebut, Fikir positif dapat selamatkan kamu dari terus dibelenggu penyesalan

3) PANDUAN
Setelah kamu berjaya yakinkan diri hikmah di sebalik apa yang berlaku, langkah seterusnya cubalah minta petunjuk atau panduan dari sesiapa untuk membantu kamu merubah dirimu. Namun jangan mendengar nasihat masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Kuatkanlah semangat kamu untuk melakukan apa yang diminta.

4) PERBAIKI DIRI
Ini adalah yang paling penting iaitu memperbaiki diri. Jangan takut atau malu untuk meminta maaf. Tidak kiralah pada org lain atau pada diri sendiri. Berjanjilah pada diri, kamu bnar2 mnyesal dan tidak akan ulangi lagi kesilapan tersebut.

5) TERUSKAN BERUSAHA
Sentiasa percaya setiap kegaga;an itu adalah jalan kamu untuk menuju kejayaan. Jangan fikir apabila kamu gagal segala-galanya sudah musnah dan tamat. Kamu seharusnya berfikir kehidupan kamu baru bermula dan harus melipat gandakan usaha.

No comments:

Post a Comment