Monday, December 31, 2012

NAZIHA DAN ADAM


Ok.. Sekarang ni, aku tgh layan cte Naziha hasil kebaikkan kwnku yg tolong download cite ni.. Nak jgk tgk cte yg ad org kata " Ct wajib tgk tau". Tak tau lak npe nak wajib2 kan nih.. Hurm.. Best gak dan entah knape, aku x boring tgk cte ni berulang kali..

Aku ase dh jatuh cnta kat watak Adam yg baik, alim dan snggup berkoban apa shj untuk Naziha. Dan aku pun suka watak Naziha, seorg yg cntik, baik, sopan dan pandai. Ciri-ciri yg perlu ada pada seorg yg begelar wanita.

Dan semestinya, aku mula brangan nak jadi cm dia. still nmpak cntik walaupun hnya berbaju kurung. Cantik kan Izara pakai tudung? Apa yg aku peasan, muka dorg cm ada iras.. Hehe.. Mmg sweet... Tp xsuka ending dia, Adam kna bunuh. Nape bukan Adam bhgia, dia dh bnyak brkorban. emosional lak aku ni kan.

Sinopsis Drama Naziha Slot Zehra TV3
Drama Naziha mengisahkan Naziha dikurniakan raut wajah yang amat cantik. Kejelitaannya menjadi pujaan kaum lelaki termasuk rakan lelaki yang sebaya dan juga yang telah dewasa. Naziha tidak mempunyai ramai kawan perempuan kerana mereka mencemburui kecantikan dan kepandaian yang dimiliki oleh Naziha. Meskipun digilai ramai lelaki namun Naziha tidak pernah melayan karenah mereka. Namun Farouk tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan Naziha.
Pada satu hari, Naziha yang sudah tidak dapat menahan desakan Farouk, telah memalukan Farouk di depan kawan-kawannya dengan mengatakan bahawa sampai mati dia tidak akan menerima cinta Farouk. Kata-kata yang dihamburkan oleh Naziha telah memalukan Farouk. Lantas Farouk berjanji akan mendapatkan Naziha tidak kira apa cara sekalipun.
Semakin lama semakin banyak masalah yang dilalui oleh Naziha. Pelbagai fitnah ditaburkan terhadapnya. Naziha sering meluahkan perasaan sedihnya pada rakan sepermainan sejak kecil iaitu Adam. Melihat kemesraan di antara Naziha dan Adam, membuatkan ibu bapa mereka berhajat untuk menyatukan mereka berdua. Namun beberapa hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan, hajat untuk menyatukan mereka berdua musnah dek kerana sebuah fitnah.
Farouk telah menawarkan diri untuk berkahwin dengan Naziha. Untuk menutup rasa malu, Naziha terpaksa berkahwin dengan Farouk. Bermulalah kehidupan Naziha sebagai seorang isteri yang sering diseksa fizikal dan mental oleh suami kejam yang mengamalkan ilmu hitam untuk menakluknya. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan di antara Naziha dan Farouk menjadi titik noktah buat Naziha untuk mengecapi kebahagian?
Adakah Adam akan kembali menebus maruahnya setelah difitnah atau muncul orang baru yang akan menyelamatkannya dari kekejaman Farouk?

Thanks kpd dia yg mmperkenalkan cte ni padaku... hehe.. =)

suka sngt gmbr ni, sweet

No comments:

Post a Comment